2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Kursus Pemprosesan Produk Hasilan Laut Anjuran JHEWA

1 / 7 foto

Sugut, 24 Julai 2025 β€” Kursus Pemprosesan Produk Hasilan Laut yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Julai 2025 di Dewan Kampung Terusan Sugut, berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkasakan golongan wanita sasar daripada kumpulan rentan dan B40 di kawasan tersebut.

Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) ini telah menarik kehadiran seramai 30 peserta, terdiri daripada wanita-wanita dari komuniti setempat yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan melalui penghasilan produk hasil laut yang berkualiti.

Perasmi majlis penutup, Puan Alijah Bte Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Sektor Program dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, mewakili Yang Berhormat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, menyampaikan ucapan penghargaan atas keberhasilan program ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya latihan dan pemerkasaan ekonomi komuniti, khususnya golongan wanita yang sering kali menjadi tulang belakang keluarga. β€œKursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik pemprosesan produk hasil laut secara profesional, sekali gus membuka peluang pendapatan tambahan yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan kepada teknik pemprosesan hasil laut yang bersih dan selamat, serta cara pemasaran produk secara berkesan. Program ini diharap dapat memberi impak positif dan memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

JHEWA berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai golongan wanita di masa hadapan, demi membangun masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya saing.

#jhewaoperasi

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.