3 November 2026 | Selasa, 23 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Usahawan Bimbingan JHEWA Berjaya Meraih Kejayaan dalam Program Jom Fiesta & Masak di Kota Kinabalu

1 / 26 foto

Kota Kinabalu, 14 Julai 2025 β€” Seramai 40 usahawan bimbingan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) berjaya menyertai dan menampilkan kekuatan serta kreativiti mereka dalam program Jom Fiesta & Masak yang berlangsung selama dua hari bertempat di Riverson The Walk, Kota Kinabalu, Sabah, pada 12 dan 13 Julai 2025.

Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada usahawan, sekaligus mendorong semangat mereka untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan. Selain itu, acara ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk usahawan JHEWA kepada pengunjung tempatan dan pelancong yang hadir.

Pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan demonstrasi memasak, mencuba produk-produk makanan dan kraftangan, serta berinteraksi secara langsung dengan usahawan bermula dari produk makanan tradisional, kek kreatif, hingga barangan kraf tangan yang unik.

Pihak JHEWA, menyatakan bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha JHEWA untuk memperkasakan usahawan wanita, memberi mereka platform untuk berkembang dan dikenali di peringkat yang lebih luas. β€œJHEWA berharap melalui penganjuran acara ini, usahawan dapat memperbaiki kemahiran mereka, memperluaskan jaringan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya.

Selain itu, pihak JHEWA juga menyampaikan ucapan tahniah kepada semua usahawan yang terlibat atas kejayaan mereka dalam memanfaatkan peluang ini.

Program Jom Fiesta & Masak ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk pembangunan usahawan wanita di Sabah, sekaligus memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.