2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Program Keterampilan Usahawan Wanita dan Khidmat Pelanggan Cemerlang Berlangsung Dengan Sukses

1 / 9 foto

Kota Kinabalu, 4 Julai 2025 β€” Program Keterampilan Usahawan Wanita dan Khidmat Pelanggan Cemerlang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) selama tiga hari sejak 1 hingga 3 Julai lalu, berlangsung dengan jayanya di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Program yang bertujuan membantu usahawan wanita membangunkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi, dan menguasai layanan pelanggan bertaraf tinggi ini mendapat sambutan hangat daripada peserta yang terdiri daripada usahawan wanita dari pelbagai daerah di negeri Sabah. Dengan pendekatan interaktif dan latihan praktikal, peserta diberi peluang untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu yang terus boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk sesi latihan komunikasi berkesan, latihan khidmat pelanggan cemerlang, dan perkongsian pengalaman yang memberi inspirasi kepada peserta. Para peserta juga berpeluang menjalani latihan langsung yang mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran sebenar dalam dunia perniagaan.

Pengarah JHEWA, Puan Haslina Ismail, dalam ucapan penutup menyatakan bahawa program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di kalangan mereka. "Kami berharap ilmu yang diperoleh dapat memberi impak positif dalam pertumbuhan perniagaan mereka serta meningkatkan kepuasan pelanggan," katanya.

Program ini mendapat maklumbalas positif daripada peserta yang menyatakan bahawa mereka merasa lebih yakin dan berpengetahuan dalam mengendalikan perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan. Pihak penganjur turut merancang untuk menganjurkan program serupa di masa hadapan bagi terus menyokong pembangunan usahawan wanita di negeri ini.

Kejayaan program ini membuktikan bahawa usaha berterusan dalam pembangunan wanita mampu memberi impak besar terhadap ekonomi dan komuniti setempat.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.