2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Program Kepekaan Gender di Luar Bandar Daerah Sook

1 / 5 foto

Sook, 22 Julai 2025 β€” Program Kepekaan Gender yang berlangsung hari ini di Dewan Kg Pinipi, Sook, berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti luar bandar mengenai isu-isu berkaitan gender.

Acara yang bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar 2.00 petang itu disertai oleh lebih 200 peserta dari pelbagai latar belakang masyarakat tempatan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Sook, Keningau, serta melibatkan pelbagai aktiviti interaktif dan sesi perkongsian yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Yang Berhormat Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat Sabah, telah merasmikan program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab berkaitan gender di kalangan masyarakat luar bandar, bagi membentuk masyarakat yang lebih adil, inklusif, dan harmoni.

Selain ceramah dan diskusi, peserta turut terlibat dalam latihan amali dan aktiviti kumpulan yang dirancang untuk memperkukuh kefahaman mereka tentang isu gender serta membina rasa hormat dan saling menghormati antara satu sama lain.

Program ini mendapat maklumbalas positif daripada peserta yang menganggap inisiatif ini sangat berfaedah dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan serta diperluaskan ke kawasan luar bandar lain di Sabah.

Dengan kejayaan hari ini, diharapkan kesedaran mengenai keperluan kepekaan gender dapat terus dipupuk, seterusnya membentuk masyarakat yang lebih harmoni, adil, dan sejahtera untuk semua.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.